Mengenai Kami
NS Empire Travel & Tours adalah peneraju dalam industri pelancongan Islam di Malaysia yang memfokuskan kepada kualiti ibadah Umrah dan Haji. Keunikan kami diperkukuhkan lagi melalui Program DOA (Dunia Orang Alim), yang memberikan nilai tambah dari sudut pengisian ilmu. Selain Tanah Suci, kami juga pakar dalam mengendalikan kembara kerohanian ke destinasi bersejarah seperti Istanbul dan Masjidil Aqsa, memastikan setiap perjalanan anda bukan sekadar pelancongan, malah satu penghijrahan minda dan jiwa yang diberkati.
Visi
Menjadi agensi pelancongan Islam pilihan utama jemaah di Malaysia yang dikenali dengan kualiti perkhidmatan dan integriti yang tinggi dalam setiap urusan ibadah.
Misi
Menyediakan pakej Umrah dan Haji yang holistik dengan bimbingan ilmu yang tepat, memastikan setiap perjalanan jemaah adalah selamat, teratur dan mencapai keredhaan Allah SWT.
Pakej Kami
Kami menawarkan pelbagai pilihan pakej Umrah, Haji, dan pelancongan Islam yang dirangka khusus mengikut keperluan dan bajet anda. Setiap pakej kami merangkumi penginapan yang selesa, penerbangan yang efisien, dan yang paling penting, bimbimgan daripada Mutawwif yang berpengalaman untuk memastikan pengalaman ibadah anda yang terbaik.
Pengiktirafan
Barisan Kepimpinan
Pengerusi
Pengarah Urusan
Pengurus Kewangan Dan Tugasan Khas
Y.T.M Raja Izzuddin Iskandar Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Idris A'fifulah Shah
Dato' Seri Sheikh Haji Mohd Firdaus Bin Dato' Seri Haji Abdul Wahid
Dato' Muhammad Nafer Bin Mohd Kasim

